Berita&Aktiviti

AUDIT VERIFIKASI OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BAGI PEWARTAAN MAKMAL KUALITI AIR (MKA), NAHRIM DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983 – 27 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

AUDIT VERIFIKASI OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BAGI PEWARTAAN MAKMAL KUALITI AIR (MKA), NAHRIM DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983

Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah menerima kunjungan pasukan juruaudit daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu Puan Rafidah binti Ismail dan Puan Toh Swee Min pada 27 Oktober 2026. Audit ini dilaksanakan susulan permohonan NAHRIM untuk diwartakan sebagai makmal yang diluluskan di bawah Seksyen 3A, Akta Makanan 1983. Audit verifikasi ini bertujuan menilai kemudahan makmal serta keberkesanan sistem pengurusan kualiti berdasarkan keperluan ISO/IEC 17025:2017.

Skop audit merangkumi kaedah analisis, pengesahan kaedah (method validation), pengukuran ketidakpastian (measurement of uncertainty), ujian kecekapan (proficiency testing), tempoh pemprosesan analisis makmal (laboratory turnaround time) serta dokumentasi lain yang berkaitan. Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen NAHRIM dalam memastikan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan, di samping memperkukuh sistem pengurusan kualiti dan kecekapan operasi makmal.