Berita&Aktiviti

MESYUARAT BERSAMA YDP PIBG SMK PITAS II, SABAH BERSAMA NAHRIM – 14 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT BERSAMA YDP PIBG SMK PITAS II, SABAH BERSAMA NAHRIM

Satu sesi mesyuarat bersama Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Pitas II, Sabah telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Perbincangan Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM. Pertemuan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ismail bin Hj. Tawnie dan turut dihadiri oleh Puan Seetha dari Bahagian Bekalan Air (BSA), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta pegawai dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri (Fellowship MADANI).

Sesi dimulakan dengan perkenalan rasmi oleh YDP PIBG SMK Pitas II, Tuan OKK Mohd Zinin bin Andung Ajak, diikuti pembentangan hasil kerja peninjauan tapak di SMK Pitas II oleh Pusat Kajian Hidrologi (PKH) NAHRIM. Perbincangan interaktif dalam sesi soal jawab merangkumi penilaian teknikal serta potensi penyelesaian bekalan air mampan di premis sekolah. Program diakhiri dengan lawatan ke fasiliti iSPAH NAHRIM dan Makmal Hidraulik & Instrumentasi (MHI) NAHRIM bagi memberikan pendedahan fizikal mengenai inovasi penuaian air hujan dan kepakaran penyelidikan agensi.

Secara keseluruhannya, pertemuan ini menjadi platform penting dalam menyinergikan kerjasama antara agensi penyelidikan air persekutuan, kementerian, dan komuniti sekolah di Sabah. Komitmen bersepadu ini diharap dapat membantu menangani isu bekalan air melalui aplikasi teknologi mampan seperti SPAH, sekali gus memberikan impak positif kepada kesejahteraan warga sekolah dan komuniti setempat.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera