Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KEMEROSOTAN KUALITI AIR SUNGAI (JKKAS) BIL. 2 TAHUN 2026 – 12 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS MENANGANI KEMEROSOTAN KUALITI AIR SUNGAI (JKKAS) BIL. 2 TAHUN 2026

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai (JKKAS) Bil. 2 Tahun 2026 yang berlangsung pada jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia. Mesyuarat berprestij ini telah dipengerusikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II.

Jawatankuasa Khas ini ditubuhkan berikutan keputusan Mesyuarat Majlis Air Negara pada 31 Oktober 2023 bagi menyelaras tindakan bersepadu antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menangani isu kemerosotan kualiti air sungai di seluruh negara. Sesi mesyuarat ini menjadi platform strategik untuk menyelaraskan pelaksanaan dasar, memantau kemajuan tindakan pencegahan pencemaran, serta memperkukuh sinergi rentas agensi berasaskan data saintifik dan teknikal.

Penglibatan NAHRIM dalam mesyuarat ini mencerminkan peranan penting agensi dalam menyalurkan kepakaran penyelidikan, data kualiti air, dan cadangan penyelesaian inovatif. Langkah bersepadu ini amat kritikal bagi memastikan pemulihan serta pemeliharaan ekosistem sungai negara dapat direalisasikan secara holistik demi menjamin kelestarian sumber air dan kesejahteraan rakyat.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera