Pantai Tanjung Bidara, Melaka – NAHRIM telah mengambil bahagian secara aktif dalam Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung meriah di tepi pantai bersejarah Tanjung Bidara. Dengan membawakan tema “Air Milik Semua”, program ini menekankan kepentingan perkongsian sumber air demi kesejahteraan sejagat.
Sepanjang dua hari ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pasukan NAHRIM:
Pavilion PETRA: Menjadi sebahagian daripada pempamer di bawah Pavilion Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan mengetengahkan inovasi penyelidikan air terkini.
Explore Race: Memeriahkan pengisian pendidikan melalui penyertaan dalam program Explore Race untuk para pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan anjuran Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA).
Kunjungan VIP: Reruai NAHRIM amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri PETRA, bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Kemuncak sambutan pada 25 April 2026 telah disokong kuat oleh kehadiran lebih 30 orang pegawai NAHRIM yang diketuai oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua pempamer yang terlibat. Terima kasih juga kepada para peserta dan pengunjung yang singgah menyokong aspirasi kelestarian air negara!
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#AirMilik Semua
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia











