Berita&Aktiviti

SESI PERKONGSIAN ILMU : “BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.” – 2 DISEMBER 2025

Berita&Aktiviti

SESI PERKONGSIAN ILMU : "BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT." - 2 DISEMBER 2025

2 DISEMBER 2025 | SESI PERKONGSIAN ILMU : “BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.”

Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk “Bertindak Sebelum Terlambat” dari Unit Integriti NAHRIM telah diadakan secara dalam talian pada 2 Disember 2025.

Dalam sesi ini, Unit Integriti NAHRIM telah memberi penerangan ringkas mengenai tatakelakuan dan tatatertib penjawat awam, termasuk prinsip perkhidmatan awam, punca kuasa tatatertib serta peranan Ketua Jabatan dalam kawal selia disiplin.

Selain itu, UI juga turut menerangkan secara ringkas mengenai pelbagai bentuk salah laku yang sering berlaku dalam kalangan penjawat awam seperti penyalahgunaan dadah, keterhutangan serius, penglibatan dalam politik, skim cepat kaya, ketidakhadiran bertugas, pekerjaan luar dan gangguan seksual. Peserta juga didedahkan kepada jenis-jenis hukuman tatatertib serta implikasinya terhadap perkhidmatan, ganjaran dan rekod perkhidmatan.

Perkongsian ini diadakan adalah sebagai inisiatif bagi meningkatkan kefahaman warga NAHRIM tentang pematuhan terhadap peraturan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#nahrimbekerja

#biasakanyangbetul

#BetulkanYangBiasa

#betulkanyangbiasabiasakanyangbetul

profile penyelidikan
oacp