1 Disember 2025 – SESI LIBAT URUS NAHRIM BERSAMA PETRA
NAHRIM hari ini mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi membentangkan draf laporan cadangan penstrukturan/pengukuhan semula NAHRIM.
Sesi ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Setiausaha Bahagian Pembangunan, dan Setiausaha Bahagian Kewangan daripada kementerian , selain penyertaan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-Pegawai Kanan NAHRIM.
Perbincangan memberi tumpuan kepada penambahbaikan struktur organisasi bagi memperkukuh fungsi penyelidikan, meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan NAHRIM kekal relevan dalam memenuhi keperluan negara.
Program ini turut menjadi platform penting bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas awal sebelum laporan dimuktamadkan untuk pertimbangan selanjutnya.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia










