29 JANUARI 2026 | SESI PERJUMPAAN YAB MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) BERSAMA WARGA DAN AMANAT TAHUN 2026
Majlis Perjumpaan YAB Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Bersama Warga dan Amanat Tahun 2026 telah berlangsung pada 29 Januari 2026 bertempat di Dewan Baiduri, PETRA. Sesi bermula seawal jam 8:15 pagi yang dihadiri oleh warga kementerian bagi mendengar hala tuju dan amanat tahun baharu daripada YAB Menteri.
Agenda dimulakan dengan penuh semangat melalui nyanyian lagu rasmi dan bacaan ikrar taat setia oleh warga PETRA. Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan montaj khas yang memaparkan pencapaian serta perjalanan kementerian sepanjang tahun lalu.
Pelancaran PSP26-30 Satu mercu tanda penting telah tercipta dengan pelancaran Pelan Strategik PETRA (PSP26-30). Pelan ini bakal menjadi dokumen rujukan utama dan pemacu transformasi sektor tenaga dan air negara bagi tempoh lima tahun akan datang.
Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Penarafan Bintang & Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan 2025. Tahniah diucapkan kepada penerima penarafan 5-Bintang () iaitu JPS, JBA, JPP, NAHRIM (diwakili oleh TKP Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa), dan Bahagian Kewangan atas tadbir urus yang cemerlang.
Sesi pertemuan ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan majlis jamuan ringkas. Semoga amanat yang disampaikan menjadi pembakar semangat buat seluruh warga PETRA untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tahun 2026.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir
#PSP26-30








