28-29 JANUARI 2026 | CERAPAN DATA OSEANOGRAFI JANGKA PANJANG DI PERAIRAN PORT DICKSON
Pasukan cerapan data dari Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) telah berjaya menjalankan aktiviti AWAC retrieval dan re-deployment di perairan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Stesen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif penting jaringan pemantauan kenaikan aras laut dan perubahan iklim negara. Mula beroperasi sejak tahun 2021, stesen ini kini memasuki tahun ke-6 operasinya dalam membekalkan data kritikal.
Data ini bukan sekadar angka; ia adalah input fundamental yang membolehkan penyelidik memahami corak hidrodinamik, perubahan tenaga ombak, dan trend kenaikan aras laut secara setempat.
Usaha berterusan ini diharapkan dapat memperkukuh langkah mitigasi dan adaptasi bagi melindungi pesisir pantai serta komuniti setempat daripada impak cuaca ekstrem dan fenomena kenaikan aras laut.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia















