Berita&Aktiviti

SESI KUNJUNGAN HORMAT THE MALAYSIAN WATER ASSOCIATION (MWA) KE NAHRIM – 26 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

SESI KUNJUNGAN HORMAT THE MALAYSIAN WATER ASSOCIATION (MWA) KE NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima sesi kunjungan hormat daripada delegasi The Malaysian Water Association (MWA) bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pengarah, NAHRIM, Seri Kembangan, Selangor. Delegasi MWA diketuai oleh Presiden MWA, Encik Mohamad Hairi bin Basri, bersama Mantan Presiden Terdahulu (Immediate Past President) merangkap Naib Presiden dan Ahli Lembaga International Water Association (IWA), YBhg. Dr. Ir. Ts. Hj. Mohmad Asari bin Daud, dan disambut oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, bersama barisan pengurusan tertinggi agensi.

Sesi pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara MWA sebagai persatuan peneraju industri air di Malaysia dengan NAHRIM selaku institusi penyelidikan air kebangsaan. Perbincangan memberi tumpuan kepada penerokaan potensi kolaborasi berimpak tinggi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), pertukaran kepakaran teknikal di peringkat nasional dan antarabangsa melalui jaringan IWA, serta penyelarasan inisiatif inovasi bagi memacu kelestarian sektor air negara.

Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini mengukuhkan lagi sinergi antara badan profesional industri air dan agensi penyelidikan kerajaan. Jalinan kerjasama strategik ini diharap dapat mempercepatkan pemindahan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan saintifik, sekali gus menyokong agenda transformasi sektor air negara ke arah pengurusan yang lebih cekap, moden, dan berdaya tahan.

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera