Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN (JKPPA) PETRA BILANGAN 2 TAHUN 2026

Berita&Aktiviti

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐑𝐔𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐏𝐀) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟐𝟓 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Perakaunan Akruan (JKPPA) PETRA Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang diadakan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2013 – Pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan ini memberi tumpuan kepada pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan perakaunan akruan di peringkat Kementerian, khususnya status penyelesaian penemuan audit, isu pemilikan dan perekodan aset, migrasi data baki awal aset dan liabiliti serta pelaksanaan pengekosan di jabatan dan agensi di bawah PETRA.

Pelaksanaan JKPPA ini bertujuan memastikan tindakan susulan diselaraskan secara berterusan, pematuhan kepada dasar dan piawaian perakaunan diperkukuh serta pelaporan kewangan Kementerian dilaksanakan dengan lebih teratur, tepat dan berakauntabiliti.

#PETRA

#EkonomiMADANI

#MalaysiaMadani

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI