Projek Kolaborasi Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) – Kajian Prototaip Penukar Tenaga Ombak (Wave Energy Converter, WEC)a
Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) telah menerima tawaran projek kolaborasi bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekitar Mei 2021 lalu yang berkaitan dengan Effect of Multiple Orifices of Wave Energy Converter Air Columns towards Overall Turbine Output. Objektif projek ini adalah untuk bereksperimen dengan prototaip WEC di flum ombak yang disediakan oleh Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM. Projek ini diketuai oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal UPNM iaitu Professor Madya Ir. Dr. Mohd Rosdzimin bin Abdul Rahman dengan seliaan Penyarah Kanan, Ir. Ts. Dr. Mohd Rashdan bin Saad untuk pelajar-pelajar sarjana UPNM.
Matlamat utama projek kolaboratif ini adalah untuk menilai prestasi WEC dalam pengekstrakan tenaga dari gerakan ombak dan mengubahnya menjadi tenaga elektrik Prototaip WEC UPNM diuji menggunakan ketinggian ombak signifikan dari 0.05 m hingga 0.15 m dalam jangka masa 1 saat hingga 5 saat dengan mengambilkira penyesuaian terhadap ombak rendah. Spesifikasi flum ombak di MHI dengan panjang 100m, lebar 1.5m, dan kedalaman 2m amat bersesuaian untuk melaksanakan kajian berkaitan kesan ombak air pada struktur pesisir, struktur luar pesisir, dan pengangkutan sedimen. Dengan adanya sistem penjana ombak di flum ombak MHI, ia dapat membantu meningkatkan nilai penyelidikan yang berkaitan dengan kesan ombak.