Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah menjalankan aktiviti persampelan kualiti air di sekitar tadahan Sungai Semenyih pada 29 hingga 30 September 2026 bagi menyokong penyelidikan Pelaksanaan Pelan Tindakan TMDL Sungai Semenyih. Aktiviti persampelan ini melibatkan pengumpulan data kualiti air dan kadar alir di lokasi-lokasi terpilih bagi menentukan beban pencemar (pollutant loading). Sampel air yang dikumpulkan seterusnya dihantar ke Makmal Kualiti Air NAHRIM untuk analisis parameter kualiti air yang berkaitan.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia









