Berita&Aktiviti

KURSUS PRAKTIKAL MIKROBIOLOGI AIR ANJURAN HACH SDN. BHD. – 29 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

Seramai empat orang pegawai dari Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM telah menghadiri Kursus Praktikal Mikrobiologi Air anjuran Hach Sdn. Bhd. yang bertempat di Hach ATCC Training Centre, Kuala Lumpur.

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan kepentingan analisis mikrobiologi dalam pemantauan kualiti air, termasuk kaedah pengujian serta penggunaan organisma penunjuk bagi menilai kualiti air. Peserta turut didedahkan kepada perbandingan kaedah analisis berdasarkan APHA Standard Methods dan ISO 9308, serta teknik pengujian bagi Coliform/E. coli, Enterococci, Legionella pneumophila dan Pseudomonas aeruginosa untuk pelbagai jenis sampel air.

Sesi praktikal turut dijalankan melalui demonstrasi dan latihan secara hands-on menggunakan Colilert-18, Quanti-Tray dan Quanti-Tray Sealer PLUS. Penyertaan dalam kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kecekapan pegawai MKA dalam menjalankan analisis mikrobiologi air.

#MakmalKualitiAir

#ISO/IEC17025:2017

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM #PETRA

#MalaysiaMADANI #EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI #BersamaMalaysiaku #MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera