Berita&Aktiviti

LATIHAN PENGUKURAN KETIDAKPASTIAN DAN TEKNIK VALIDASI BAGI UJIAN PENCEMARAN AIR SISA TERNAKAN – 28 HINGGA 30 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

LATIHAN PENGUKURAN KETIDAKPASTIAN DAN TEKNIK VALIDASI BAGI UJIAN PENCEMARAN AIR SISA TERNAKAN

Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM dengan kerjasama Makmal Kesihatan Awam Veterinar Kebangsaan (MKAVK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menganjurkan Latihan Pengukuran Ketidakpastian dan Teknik Validasi Bagi Ujian Pencemaran Air Sisa Ternakan selama tiga hari, bermula pada 28 hingga 30 September 2026. Latihan ini diadakan bagi memantapkan kepakaran teknikal serta meningkatkan kecekapan dalam menjalankan ujian analisis kualiti air di makmal.

Modul latihan merangkumi sesi teori dan amali intensif yang memberi tumpuan kepada Kaedah dan Validasi Ujian (Method Validation), Ujian Amali dan Analisis Sampel, serta Pengukuran Ketidakpastian (Measurement Uncertainty). Penganjuran latihan secara inter-agensi ini membuktikan komitmen berterusan NAHRIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam meningkatkan kualiti pengurusan alam sekitar serta pemantauan pelepasan air sisa ternakan demi kelestarian sumber air negara.

#MakmalKualitiAir

#ISO/IEC17025:2017

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera