Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan E.M. Yahaya merakamkan penghargaan atas jemputan Kunjungan Hormat oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi membentangkan cabaran semasa dan cadangan penyelesaian berkaitan isu sumber, bekalan serta perkhidmatan air dalam pelbagai sektor pengguna komersial, pertanian dan perindustrian terutamanya di Pulau Pinang.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia