Berita&Aktiviti

Kajian Kebolehlaksanaan Takungan Pantai Sebagai Sumber Air Alternatif.

Berita&Aktiviti

Kajian Kebolehlaksanaan Takungan Pantai Sebagai Sumber Air Alternatif.

Takungan pantai adalah sejenis takungan untuk menyimpan air tawar di kawasan pantai berhampiran delta sungai, yang mana air tawar yang tertahan itu boleh digunakan sebagai sumber air alternatif untuk skim pengairan. Pengumpulan data marin seperti batimetri, aliran arus, ketinggian pasang surut, ombak, pelepasan dan kepekatan mendapan telah dilakukan dari 30 Ogos sehingga 17 September 2021 di tapak kajian untuk menyokong kajian hidrodinamik numerikal. Model hidrodinamik dua dimensi, model spektrum ombak, model sedimen, model serakan dan model kualiti air digunakan untuk menilai impak takungan pantai yang dicadangkan kepada kawasan sekitar. Konsep empangan-lembut dengan penghadang utama (luaran) dan sekunder (dalaman) disyorkan dibina untuk mengelakkan dan mengurangkan limpahan air masin yang disebabkan oleh pasang surut dan ombak ke dalam penghadang utama takungan pantai. Oleh kerana penghadang utama terletak di zon aktif pantai, ia sepatutnya dapat menahan kelajuan arus dan ketinggian ombak yang lebih tinggi dengan magnitud yang dianggarkan masing-masing lebih tinggi daripada 0.5 m/s dan 2 m. Selain itu, ketinggian puncak penghadang utama hendaklah dibina dengan ketinggian minimum 3.92 m merujuk kepada purata aras laut relatif kepada kenaikan aras laut pada tahun 2050. Analisis ini dapat membantu pihak berkaitan dalam membina takungan pantai sebagai sumber air alternatif untuk menyokong permintaan bekalan air mentah.

profile penyelidikan
oacp