Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Constructed Wetlands System (CWS) Sebagai Alternatif Kepada Sistem Pembetungan.
Kajian rintis kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Pembetungan ( JPP) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaaan Malaysia (NAHRIM) dibawah pelaksanaan Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS) dalam menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Constructed Wetlands System (CWS) sebagai Alternatif kepada Sistem Pembetungan. Kajian bermula pada bulan Jun 2020 dan dijangka tamat pada bulan Julai 2022. Kerangka pelaksanaan kajian berkonsepkan kajian kebolehlaksanaan terbahagi kepada 6 skop utama melibatkan sampel kes bagi lokasi bandar (Loji Olahan Kumbahan Serantau, Puchong, Selangor), luar bandar (Kampung Machap Baru, Alor Gajah, Melaka) dan pulau (Kampung Salang, Pulau Tioman, Pahang):
i – Teknikal
ii – Pengoperasian
iii – Ekonomi dan Kewangan iv – Perundangan
v – Penilaian Alam Sekitar vi – Impak Sosial
Hasil dapatan kajian menjangkakan kebolehlaksanaan operasi dan fungsi Constructed Wetlands System (CWS) sebagai Alternatif kepada Sistem Pembetungan merangkumi perkara berikut:
i – Impak sosial
ii – Alam sekitar dan ekosistem
iii – Ekonomi dan Keusahawanan
iv – Kesihatan manusia
v – Analisis SWOT
vi – Perundangan dalam penguatkuasaan, bidang kuasa dan peraturan
Objektif kajian adalah:
i- Mengkaji kaedah baru bagi merawat air sisa kumbahan domestik yang mematuhi standard
ii – Menilai keberkesanan penggunaan constructed wetlands system sebagai alternatif merawat air sisa kumbahan domestik
iii – Mengkaji daripada segi impak ekonomi dan kewangan penggunaan constructed wetlands system bagi merawat air sisa kumbahan domestik
iv – Mengkaji daripada segi perundangan/ akta/ garispanduan yang berkaitan pengurusan sisa kumbahan
v – Mengkaji aspek operasi, penyelenggaraan dan kekangan constructed wetlands system dalam merawat air sisa kumbahan.