Berita&Aktiviti

SEMINAR PEMBENTANGAN HASIL PENYELIDIKAN KESAN PEMASANGAN PANEL SOLAR TERAPUNG KE ATAS TAKUNGAN AIR DAN TASIK DI MALAYSIA – 13 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

SEMINAR PEMBENTANGAN HASIL PENYELIDIKAN KESAN PEMASANGAN PANEL SOLAR TERAPUNG KE ATAS TAKUNGAN AIR DAN TASIK DI MALAYSIA

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Seminar Pembentangan Hasil Penyelidikan Kesan Pemasangan Panel Solar Terapung ke atas Takungan Air dan Tasik di Malaysia pada 12 November 2026 bertempat di Auditorium NAHRIM. Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Roshana Alma binti Mohd Ali, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Seminar ini menjadi platform perkongsian hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan di lima (5) lokasi kajian terpilih di Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada penilaian kesan pemasangan panel solar terapung terhadap kualiti air, ekosistem akuatik dan sosioekonomi komuniti setempat.

Pembentangan hasil penyelidikan telah disampaikan oleh Ts. Gs. Mohd Fadhil Kasim dan Puan Nor Sahidah Jamaludin, yang merangkumi penilaian kualiti air dan biologi, survei sosial, persepsi komuniti terhadap perkhidmatan ekosistem serta impak ekonomi pembangunan solar terapung.

Dapatan penyelidikan ini merupakan antara asas saintifik penting dalam menyokong pembangunan Garis Panduan Solar Terapung di Malaysia, yang telah diluncurkan oleh YAB Dato’ Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada 12 Oktober 2026.

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen berterusan NAHRIM dalam memperkukuh penyelidikan berasaskan bukti saintifik serta menyediakan input teknikal bagi menyokong pembangunan tenaga boleh baharu yang mampan. Usaha ini turut memperkukuh kerjasama strategik antara kementerian, agensi kerajaan, pihak industri dan pemegang taruh dalam memastikan pembangunan solar terapung dilaksanakan secara seimbang, dengan mengambil kira aspek keselamatan, kelestarian ekosistem dan pemeliharaan sumber air negara.

NAHRIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan seminar ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

Ketua Pengarah NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera