Satu Mesyuarat Pagi Pengurusan Tertinggi bersama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Pertemuan ini menghimpunkan barisan kepimpinan agensi yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Pusat Kajian, Pengarah Bahagian, serta Pengarah Makmal bagi menyelaraskan hala tuju strategik jabatan susulan kepulangan beliau selesai menjalani Kursus JUSA di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Sesi mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dan perkongsian oleh YBrs. Ketua Pengarah berhubung perspektif kepimpinan sektor awam terkini, tadbir urus berimpak tinggi, serta penekanan terhadap transformasi penyampaian perkhidmatan berasaskan penyelidikan. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penilaian status pelaksanaan projek semasa, penyelarasan gerak kerja rentas pusat kajian, serta pemantapan kecekapan operasi makmal dan bahagian dalam mendokong aspirasi kementerian.
Secara keseluruhannya, pertemuan pagi ini memperkukuh kesepaduan dan iltizam warga pengurusan NAHRIM untuk memacu kecemerlangan institusi secara holistik. Dengan penyelarasan mandat baharu ini, NAHRIM bertekad untuk terus memperhebat penyelidikan inovatif berimpak tinggi, memperkukuh keterlihatan agensi di peringkat nasional mahupun antarabangsa, serta memastikan penyampaian perkhidmatan sains dan teknologi air sentiasa berada pada tahap terbaik.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


