Seluruh warga Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datin Paduka Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S).
Pengurniaan ini adalah sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 7 November 2026.
Semoga pengurniaan ini menyemarakkan iltizam YBhg. Datin Paduka dalam menerajui pembangunan sektor tenaga yang berdaya tahan dan mampan serta menjayakan agenda peralihan tenaga negara demi kesejahteraan rakyat.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia