Berita&Aktiviti

SESI PENERIMAAN DAN INDUKSI CALON TVET FRONTIER FELLOWSHIP DI NAHRIM – 3 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

SESI PENERIMAAN DAN INDUKSI CALON TVET FRONTIER FELLOWSHIP DI NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima kehadiran seramai 12 orang calon bagi program TVET Frontier Fellowship dalam bidang Peralihan Hijau dan Peralihan Tenaga. Program penempatan berprestij selama 12 bulan ini dibiayai menerusi elaun syarikat penaja di bawah inisiatif Program Kebolehpasaran Graduan (PROTÉGÉ), di mana para calon telah melapor diri di syarikat penaja pada 2 November 2026 sebelum memulakan sesi penempatan rasmi di NAHRIM hari ini.

Bagi memberikan pendedahan komprehensif mengenai fungsi serta ekosistem penyelidikan agensi, para felo dijadualkan mengikuti Sesi Induksi bermula 3 hingga 6 November 2026 yang melibatkan lawatan dan taklimat di setiap pusat kajian, makmal, dan bahagian NAHRIM sebelum penempatan hakiki berkuat kuasa pada 9 November 2026. Di samping itu, mereka turut akan menyertai sesi bootcamp intensif selama seminggu kendalian Sekretariat Majlis TVET Negara (MTVET) sepanjang tempoh latihan bagi memperkukuh kemahiran insaniah dan teknikal termaju.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan NAHRIM dalam menyokong agenda pemerkasaan bakat TVET negara ke arah teknologi tinggi. Penempatan felo muda ini bukan sahaja membuka ruang penglibatan secara langsung dalam projek penyelidikan berasaskan kelestarian air dan peralihan tenaga bersih, malah menjadi pemangkin kepada pembinaan modal insan berkepakaran tinggi yang berdaya saing dalam memacu ekonomi hijau masa hadapan.

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera