Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah hadir memeriahkan sambutan WAAW2026 yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad. Dengan tema sambutan tahun ini “One Health, One Action: Prevent AMR Now”, beliau menekankan usaha bersepadu merentas sektor dalam menangani ancaman AMR ini.
NAHRIM turut berpeluang menjayakan pameran kesedaran AMR yang diadakan sepanjang program ini berlangsung. Pameran ini menjadi platform perkongsian ilmu dan dapatan penyelidikan yang telah dijalankan oleh NAHRIM terutamanya dalam AMR bagi sektor alam sekitar (sumber air).
Kerintangan Antimikrob (AMR) bukan hanya berlaku dalam kesihatan manusia atau haiwan, tetapi juga mengancam ekosistem air. Sisa ubat-ubatan, pencemaran air sisa, boleh membawa sisa antimikrob dan ‘superbug’ ke dalam sungai dan sumber air yang boleh mengancam kesihatan awam negara. Sebagai institusi penyelidikan air kebangsaan, NAHRIM komited menjalankan penyelidikan dan pemantauan AMR dalam alam sekitar, khususnya sumber air bagi memastikan ekosistem air kita kekal selamat, bersih dan bebas daripada AMR.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia







