Berita&Aktiviti

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) NAHRIM TAHUN 2026 – 25 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) NAHRIM TAHUN 2026

Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI (SAM) NAHRIM Tahun 2026 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Macang Bubuk, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 25 September 2026. Majlis disempurnakan dengan ucapan oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM bersama kehadiran YBrs. Tuan Tn Haji Adnan bin Idris, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; dan YBrs. Tuan Haji Mohd Bahar bin Mat, Giri Besar SK Macang Bubuk. Selanjutnya turut diadakan sesi penyerahan Dokumen Perjanjian SAM bersama pengerusi PIBG, YBrs. Encik Hasnol Hisham bin Md Saad,. Melalui program ini, beberapa perkara berkaitan sokongan program akademik, pembangunan sahsiah, fasiliti pengajaran dan pembelajaran serta sumbangan kepada pelajar akan dilaksanakan secara kerjasama bersama pihak sekolah dan PIBG. NAHRIM turut memberikan komitmen untuk terus memberi galakan dan sokongan kepada pihak sekolah terutamanya berkaitan agenda memperkasa pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kepada pelajar SK Macang Bubuk khususnya berkaitan air dan persekitarannya.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera