Berita&Aktiviti

PEMBENTANGAN UCAPTAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH NAHRIM DI PERSIDANGAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON ENGINEERING EXCELLENCE IN CIVIL, ENVIRONMENTAL AND EDUCATION SUSTAINABILITY (EXCEEDS 2026) – 24 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

PEMBENTANGAN UCAPTAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH NAHRIM DI PERSIDANGAN INTERNATIONAL CONFERENCE ON ENGINEERING EXCELLENCE IN CIVIL, ENVIRONMENTAL AND EDUCATION SUSTAINABILITY (EXCEEDS 2026)

Satu pembentangan ucaptama telah disampaikan oleh YBrs Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM di persidangan EXCEEDS 2026 dengan bertemakan “Engineering Resilience in a Changing World: Building Future-Proof Cities, Infrastructure, and Engineers” bertempat di Hotel Mardiyyah and Suites, Shah Alam. Tajuk yang telah disampaikan oleh YBrs Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM adalah “”Innovation Synergy, Patented Products & NAHRIM Smart Technology for Water Resilience” yang menekankan peralihan paradigma kejuruteraan awam dan alam sekitar ke arah melestarikan ekosistem dan kesejahteraan masyarakat dalam mendepani cabaran perubahan iklim. Dalam pembentangan tersebut, beliau mengetengahkan pelbagai penyelesaian berteknologi pintar dan mesra alam NAHRIM, merangkumi perisian simulasi pengurusan air hujan (NAHRIM Tank 2.0) yang mampu mengurangkan limpahan banjir dan menjimatkan penggunaan air domestik, sistem saluran terintegrasi (NIDS, NoFAT V2, SMADRAT V2), serta mekanisme pertahanan pasif sifar tenaga seperti penghalang banjir halimunan (NAILS). Selain itu, pemantauan sungai pintar berasaskan AI dan IoT (AIR3S) serta peranti Smart Sensing Grid (NUESS, NExuS, NLOC) turut diperkenalkan bersama teknologi rawatan air mesra alam berasaskan bahan pertanian (Nature-Based Solutions seperti NBIOF dan NEWTON) dan sistem pengorekkan mesra alam (NEDS), yang kesemuanya membentuk satu ekosistem sinergi kukuh antara pihak kerajaan, universiti, dan industri bagi menjamin ketahanan air negara di masa hadapan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera