Berita&Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN RASMI INSTITUTE OF WATER MODELLING (IWM), BANGLADESH KE NAHRIM – 25 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN RASMI INSTITUTE OF WATER MODELLING (IWM), BANGLADESH KE NAHRIM

Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO), NAHRIM telah menerima kunjungan hormat dan lawatan rasmi daripada Mr. Md. Ashraf Ali Khan, Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Institute of Water Modelling (IWM) Bangladesh pada 25 September 2026.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengenal pasti hala tuju kolaborasi strategik antara IWM dan NAHRIM, di samping membincangkan program pembangunan kapasiti, khususnya dalam bidang pemodelan pesisir pantai yang antaranya merupakan kepakaran utama IWM. Sesi perbincangan dimulakan dengan sesi pengenalan ahli mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Suriyani Awang, Pengarah PKPO. Sesi diteruskan dengan pembentangan korporat NAHRIM oleh Encik Muhammad Azroie Mohamed Yusoff, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat. Seterusnya, Mr. Md. Ashraf Ali Khan menyampaikan pembentangan mengenai latar belakang dan peranan IWM, termasuk perkongsian mengenai pengalaman serta kerjasama penyelidikan yang pernah dijalankan bersama penyelidik NAHRIM sebelum ini.

Sesi turut disusuli dengan perbincangan bagi mengenalpasti ruang dan potensi Kerjasama Baharu antara kedua-dua institusi. Program diakhiri dengan sesi lawatan ke Inkubator Sistem Penuaian Air Hujan (i-SPAH) dan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), NAHRIM yang memberikan peluang kepada pihak IWM untuk melihat secara langsung kemudahan penyelidikan serta keupayaan teknikal yang terdapat di NAHRIM.

NAHRIM berharap agar hubungan kerjasama yang telah terjalin antara kedua-dua institusi dapat terus diperkukuh dan diperluas melalui pelaksanaan program penyelidikan, perkongsian kepakaran serta pembangunan kapasiti secara berterusan, khususnya dalam bidang pantai dan oseanografi. Kerjasama ini diyakini dapat menyumbang kepada penghasilan penyelidikan yang berimpak serta memperkukuh jaringan kepakaran hidraulik dan sumber air di peringkat antarabangsa.

 

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia #KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

KAJIAN ANGKUTAN SEDIMEN DAN PROFIL PANTAI DI PULAU SIBU DAN PULAU PEMANGGIL, JOHOR