Berita&Aktiviti

TINJAUAN TAPAK BERPOTENSI UNTUK PROGRAM PERINTIS BIOKOMPOSTER TEKNOLOGI TEMPATAN DI PUTRAJAYA – 29 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

TINJAUAN TAPAK BERPOTENSI UNTUK PROGRAM PERINTIS BIOKOMPOSTER TEKNOLOGI TEMPATAN DI PUTRAJAYA

Tinjauan tapak bagi penilaian lokasi berpotensi untuk pelaksanaan Program Perintis Biokomposter Teknologi Tempatan telah diadakan di dua (2) lokasi iaitu Medan Selera Presint 9 dan Pasar Tani Presint 4, Putrajaya. Tinjauan tapak dan perbincangan ini telah dihadiri oleh tiga pegawai daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), 12 orang pegawai daripada Perbadanan Putrajaya, seorang pegawai daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan wakil Persatuan Peniaga Medan Selera Presint 9.

Lawatan kerjasama strategik ini bertujuan untuk meninjau kesesuaian lokasi bagi penilaian kesesuaian tapak pelaksanaan Program Perintis Biokomposter teknologi hijau tempatan yang bakal memberi impak positif kepada kelestarian alam sekitar setempat. Ia juga merupakan langkah awal yang proaktif dalam memartabatkan teknologi kitar semula sisa organik (sisa makanan) kepada bio-organik penggalak tanah, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah serta baja import. Semoga inisiatif ini menjadi penanda aras baharu ke arah pembangunan bandar lestari di Malaysia.

Disediakan oleh: PKKAAS

#FAMA #Putrajaya #PerbadananPutrajaya #biocomposter #soilenhancer

#unitkomunikasikorporatpkkaas

#pusatkajiankualitiairdanalamsekitar

#halatuju

#pengurusan

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera