Berita&Aktiviti

Sesi Perkongsian Ilmu (SPI) NAHRIM Siri 1 oleh Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA)

Berita&Aktiviti

Sesi Perkongsian Ilmu NAHRIM Siri 1

12 April 2023 – Sesi Perkongsian Ilmu (SPI) NAHRIM Siri 1 oleh Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA) telah diadakan secara atas talian melibatkan warga NAHRIM pada 12 April 2023. Pembentangan SPI tersebut bertajuk ‘Peranan NAHRIM Dalam Agenda Perubahan Iklim Nasional. Apa Pula Peranan Anda?’ telah disampaikan oleh En. Noor Hisham bin Ab Ghani, pegawai penyelidik PKSA.

Kandungan pembentangan beliau menyentuh isu berkaitan Peranan NAHRIM dalam menyokong agenda nasional di bawah NRECC, kajian dan produk hidro-iklim PKSA serta peranan individu di dalam menangani isu perubahan iklim.

 

 

profile penyelidikan
oacp