Berita&Aktiviti

SESI ENGAGEMENT DAN KUNJUNGAN HORMAT TA SECURITIES KE NAHRIM – 22 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

SESI ENGAGEMENT DAN KUNJUNGAN HORMAT TA SECURITIES KE NAHRIM

Satu sesi engagement dan kunjungan hormat daripada pihak TA Securities ke Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Pertemuan strategik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan kepakaran dan input teknikal daripada NAHRIM berhubung kebimbangan yang semakin meningkat berkaitan fenomena El Niño, risiko kemarau, dan ancaman banjir terhadap pelbagai sektor ekonomi negara.

Program dimulakan dengan sesi taklimat komprehensif oleh pakar penyelidik NAHRIM yang merangkumi tinjauan taburan hujan, kemarau, dan tekanan air (water stress), serta pendedahan kawasan berisiko tinggi di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Taklimat tersebut turut memperincikan implikasi perubahan corak hujan ke atas ketersediaan air, aliran sungai, tanah gambut, dan sektor pertanian, termasuk risiko banjir terhadap infrastruktur perladangan, kilang, dan pengangkutan. Sesi ini turut membincangkan langkah adaptasi seperti penyimpanan air, pengurusan perparitan, penuaian air hujan, sistem amaran awal, dan pemantauan kualiti air, serta pendedahan kepada pangkalan data dan alat analitis iklim milik NAHRIM.

Sesi perbincangan diteruskan dengan sesi soal jawab (Q&A) yang interaktif sebelum diakhiri dengan lawatan ke fasiliti makmal dan makmal fizikal NAHRIM. Secara keseluruhannya, engagement ini membuktikan peranan NAHRIM sebagai pusat rujukan saintifik utama negara dalam menyedia dan menyalurkan data analitis iklim serta sumber air bagi membantu sektor korporat dan kewangan membuat penilaian risiko serta perancangan pelaburan yang mampan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera