Berita&Aktiviti

MESYUARAT SEMPENA KUNJUNGAN HORMAT NAHRIM BERSAMA PENGARAH PUSAT GEOSPATIAL NEGARA (PGN) – 21 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

MESYUARAT SEMPENA KUNJUNGAN HORMAT NAHRIM BERSAMA PENGARAH PUSAT GEOSPATIAL NEGARA (PGN)

Satu Mesyuarat Sempena Kunjungan Hormat daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Permata, Aras 7, Menara PETRA. Pertemuan strategik ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ts. Rusliza Hanim binti Maarif, Pengarah Pusat Geospatial Negara (PGN) turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (TKP) NAHRIM, YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa serta dihadiri oleh delegasi NAHRIM dan pegawai-pegawai dari PGN.

Tujuan utama kunjungan hormat dan mesyuarat ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama rasmi serta meneroka potensi perkongsian data spatial, integrasi sistem maklumat geografi (GIS), dan pemetaan berasaskan sains air. Dalam sesi tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan teknikal serta membincangkan peluang kolaborasi strategik bagi memantapkan aplikasi data geospatial dalam penyelidikan pengurusan sumber air, pemantauan iklim, dan pemeliharaan alam sekitar.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini menjadi landasan penting dalam memperkasakan sinergi inter-agensi menerusi pemanfaatan teknologi geospatial. Komitmen bersepadu antara NAHRIM dan Pusat Geospatial Negara ini diharap dapat memacu inovasi penyelidikan berasaskan data teragih yang lebih tepat, sekali gus menyokong perancangan pembangunan mampan dan pembuatan keputusan berasaskan bukti di peringkat kebangsaan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera