Berita&Aktiviti

PROJEK RESTORASI BAKAU “CHERISH THE NATURE”: MEMPERKUKUH EKOSISTEM PESISIR PANTAI SELANGOR – 8 FEBRUARI 2026

Berita&Aktiviti

PROJEK RESTORASI BAKAU “CHERISH THE NATURE”: MEMPERKUKUH EKOSISTEM PESISIR PANTAI SELANGOR - 8 FEBRUARI 2026

Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO), NAHRIM telah menghadiri Program Restorasi Bakau “Cherish the Nature” anjuran IUCN-CHERY-MNS yang berlangsung di Taman Alam Kuala Selangor. Inisiatif kelestarian sepanjang pesisir pantai Selangor ini merupakan kolaborasi strategik yang disokong oleh Chery International, dikelola oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN), serta dilaksanakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Kehadiran PKPO dalam program berdurasi 18 bulan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha pemulihan khazanah alam semula jadi negara.

Selain aktiviti penanaman bakau dan reruai pameran, program ini menjadi platform penting bagi perkongsian hasil kajian saintifik dan pengalaman antara penyelidik serta orang awam. Penglibatan aktif komuniti tempatan dan pihak berkepentingan adalah teras kepada projek ini, bertujuan untuk memastikan kelestarian ekosistem, memperkukuh mata pencarian mampan, serta meningkatkan kesedaran melalui pendidikan alam sekitar. Usaha bersepadu ini diharapkan dapat membina benteng semula jadi yang lebih utuh bagi melindungi pesisir pantai daripada impak perubahan iklim di masa hadapan.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

profile penyelidikan
oacp