TAJUK PENYELIDIKAN:
KAJIAN PEMBANGUNAN KEPELBAGAIAN PRODUK INOVASI MESRA ALAM DALAM MENINGKATKAN KUALITI AIR DAN PERSEKITARAN: KAJIAN MODIFIKASI MEMBRANE NANOFILTRATION DALAM MERAWAT AIR
BUTIRAN PENYELIDIKAN:
Kemunculan isu-isu yang semakin kompleks berkaitan kemerosotan kualiti air, disebabkan oleh kepesatan ekonomi dan buangan industri, perubahan sekitaran air; antaranya seperti perubahan iklim, degradasi kualiti air, tsunami, bencana alam seperti banjir; memerlukan teknologi rawatan air yang berkesan supaya bekalan air bersih terjamin, dan kesejahteraan kualiti hidup rakyat dapat ditangani sebaik mungkin.
Bahan-bahan pencemar di bawah kategori “Contaminants of Emerging Concern”, seperti “Endocrine Disruptor Chemicals (EDCs)”, adalah antara contoh pencemar yang sukar dirawat dengan sistem konvensional. Teknologi rawatan air berdepan dengan cabaran untuk mengatasi masalah ini bagi memastikan kualiti air pada tahap yang bersih. Inisiatif R&D diperlukan bagi mendapatkan teknologi terbaik yang kos efektif dan mesra alam.
Makmal Kualiti Air dibawah Program 3 (RMK-11) iaitu kajian pembangunan produk inovasi mesra alam dalam meningkatkan kualiti air dan persekitaran telah melaksanakan beberapa sub-kajian modified membrane nanofiltration yang mengkhususkan kepada rawatan bahan pencemar terpilih. Melalui output kajian yang dijalankan, produk inovasi modified membrane nanofiltration berupaya menjadi rawatan alternatif dalam meningkatkan kualiti air. Melalui modifikasi lanjutan, produk ini juga berpotensi mengatasi masalah kualiti air yang disebabkan oleh “Contaminants of Emerging Concern” atau “Endocrine Disrupting Chemicals” (EDCs).
HASIL PENYELIDIKAN/PENCAPAIAN/PENERBITAN:
- Novel Chitosan Bio-waste Active Ultrafiltration (Chito-Bauf) Membranes for Bioindustry – Awarded Bronze medal during 14th Int. Conference and Exposition on Inventions by Inst. of Higher Learning (PECIPTA 2015)
- Removal of Dyes Colour by Poly (Ether Imide) Based Surfactant Enhanced Nanofiltration Membrane (2015). Dr Abdul Rahman Hassan, Syazrin Syima Sharifuddin and Muhammad Nazmin Mohd Yusoff. Paper presented in The 2nd International Science, Technology and Engineering Conference (2nd ISTEC), 20th-23rd April 2016 in Equatorial Hotel, Penang, Malaysia.
- Single Step Cross-Flow Ultrafiltration Technique for Recovery and Purification of Surfactin Produced by Bacillus Subtilis MSH1. Mohd Hafez Mohd Isa, Muhammad Qadri Effendy Mubarak, Najwa Mohamed, Syazrin Syima Sharifuddin & Aidil Abdul Hamid. Paper presented for oral presentation in the 5th Biotechnology Symposium 2017 on 15th – 16th November 2017 in Kota Kinabalu Sabah
- Fabrication and Characterisation of PES/ Chitosan/ Non-ionic Nanofiltration Membrane for Dyes Removal. Fasihah Johary, Fatin Faziera Mohd Zaimin, Rosiah Rohani, Abdul Rahman Hassan, Syazrin Syima Sharifuddin and Mohd Hafez Mohd Isa. Paper presented for oral presentation in the International Conference on Recent Advancements in Science and Technology (ICoRAST), Melaka, 7-8th November 2017
- Development of Chitosan/Pluronic F108/Polyethersulfone (PES) Nanofiltration (NF) Membrane for Oily Wastewater Treatment. Norzakiah Hamzah, Rosiah Rohani, Abdul Rahman Hassan, Syazrin Syima Sharifuddin and Mohd Hafez Mohd Isa. Paper presented for oral presentation in the International Conference on Recent Advancements in Science and Technology (ICoRAST), Melaka, 7-8th November 2017
- Assessment the Performance and Morphological Structures of Asymmetric Pes/Surfactant Membranes for Nanofiltration of Dyes Wastewater. Hassan AR, Sharifuddin SS, Mohd Isa MH, Ireana Yusra AF. J. Fundam. Appl. Sci., 2017, 9(2S), 137-146.
- Nanocomposite Nanofiltration for Dyes Removal – Awarded Bronze Medal during 8th Exposition on Islamic Innovation (i-INOVA) 2018, 10-11 Mac 2018
PEGAWAI PENYELIDIK:
SYAZRIN SYIMA SHARIFUDDIN
PEGAWAI PENYELIDIK, Q52(M)