Berita&Aktiviti

NAHRIM ACTIVATED CARBON FILTER PAPER (NACFP)

Berita&Aktiviti

TAJUK PENYELIDIKAN:

KAJIAN PEMBANGUNAN KEPELBAGAIAN PRODUK INOVASI MESRA ALAM DALAM MENINGKATKAN KUALITI AIR DAN PERSEKITARAN: NAHRIM ACTIVATED CARBON (NAC) & NAHRIM ACTIVATED CARBON FILTER PAPER (NACFP)

BUTIRAN PENYELIDIKAN:

Air adalah kerperluan asas bagi kehidupan. Salah satu isu utama pencemaran air adalah kehadiran logam berat dan perwarna. Pencemaran ini menjadi kegusaran ramai kerana ianya toksik, tidak terbiodegradasi dan cenderung untuk terkumpul dalam organisma hidup. Pelbagai teknik yang telah diperkenalkan untuk menyingkirkan bahan cemar ini seperti pemendapan, penjerapan, pemendakan, flokulasi, pengkomplesan, pengoksidaan/penurunan, aktiviti mikrobiologi dan penyerapan oleh tumbuhan.

Karbon teraktif (activated carbon) terkenal sebagai penyerap (absorbent) serba guna dan digunakan secara meluas, malangnya ia agak mahal. Oleh itu, pelbagai usaha telah diambil untuk menghasilkan karbon teraktif daripada bahan yang murah seperti bahan-bahan terbuang biomassa.

Makmal Kualiti Air dibawah Program 3 (RMK11) iaitu kajian pembangunan produk inovasi mesra alam dalam meningkatkan kualiti air dan persekitaran telah menghasilkan karbon teraktif daripada kulit biji Moringa oleifera. Karbon teraktif yang dihasilkan ini digunakan sebagai aktif bersama sisa kertas terpakai untuk penghasilan produk penjerap NAHRIM Activated Carbon Filter Paper (NACFP). Hasil kajian lepas telah membuktikan keupayaan karbon teraktif ini untuk menyingkirkan merkuri dan pewarna yang hadir dalam air. Proses penyingkiran pewarna merrkuri dalam air oleh NACFP adalah melalui proses penjerapan. Penyediaan produk NACFP yang ringkas dan tanpa kos yang tinggi ini bertepatan dengan konsep waste to wealth.

HASIL PENYELIDIKAN/PENCAPAIAN/PENERBITAN:

  1. Silver (Most Innovative Award), Agriculture/Agro-Base Industry Category bagi Bioeconomy Innovation Award di BioMalaysia 2017, 11 – 13 September 2017.
  2. Permohonan Patent, PI NO 2017703333
  • Penyertaan, Anugeah Penyelidik NAHRIM 2016/2017, bagi NAHRIM ACTIVATED CARBON (NAC) & NAHRIM ACTIVATED CARBON FILTER PAPER (NACFP), 2017.
  1. Nor Salmi Abdullah & Syazrin Syima Sharifuddin (2017), Preparation and Characterization of Activated Carbon from Moringa oleifera Seed Pod, International Science, 29(1), 7 – 11.
  2. Removal of Mercury (II) from Aqueous Solution by Activated Carbon from Moringa oleifera Seed Pod. Nor Salmi Abdullah and Syazrin Syima Sharifuddin. Paper presented in 5th International Conference on Nano and Materials Engineering (INCME 2017), 1 – 4 April 2017, Bali, Indonesia
  3. Preparation and Characterization of Activated Carbon from Moringa oleifera Seed Pod. Nor Salmi Abdullah, Dr. Mohd Hazwan Hussin, Syazrin Syima Sharifuddin & Muhammad Azroie Yusoff. Paper presented in 3rd International Postgraduate Conference on Engineering and Technology Research 2016 (IPCETR 2016), 1 – 2 August 2016, Langkawi, Malaysia.
  • Best Presenter Award for Paper ID 044-IPCETR 2016.

 

PEGAWAI PENYELIDIK:

 

NOR SALMI BINTI ABDULLAH

PEGAWAI PENYELIDIK, Q41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp