Berita&Aktiviti

BENGKEL SISTEM MyPROJEK 2.0 RMKE-13 NAHRIM 2026 – 23 & 24 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

BENGKEL SISTEM MyPROJEK 2.0 RMKE-13 NAHRIM 2026

Bahagian Perancangan Korporat menerusi Unit Perancangan dan Pembangunan telah menganjurkan Bengkel Sistem MyProjek 2.0 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya. Penganjuran bengkel ini merupakan inisiatif strategik jabatan bagi memastikan pengurusan peruntukan dan pelaksanaan projek pembangunan agensi berjalan secara cekap, teratur, dan sistematik.

Bengkel ini diterajui oleh barisan penceramah daripada Pasukan NADI, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Objektif utama bengkel adalah untuk memberikan pendedahan komprehensif kepada pengurus projek dan pegawai pengurus peruntukan pembangunan NAHRIM berhubung pengendalian Modul Permohonan dan Modul Pemantauan Sistem MyProjek 2.0. Sesi ini turut menjadi platform perbincangan interaktif dalam memantapkan penyelarasan maklumat serta penyediaan permohonan projek baharu di bawah RMKe-13.

Program yang berlangsung selama dua hari ini dihadiri oleh para pengurus projek dan pegawai teknikal agensi. Pemahaman mendalam mengenai sistem ini amat kritikal bagi memastikan pemantauan dan pelaksanaan projek pembangunan di peringkat akar umbi dapat diselaraskan dengan berkesan, sekali gus menyokong pencapaian sasaran pembangunan infrastruktur air negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera