Berita&Aktiviti

PEMBENTANGAN TEKNIKAL DAN LAWATAN TAPAK SISTEM BEKALAN AIR ULTRATULEN – 4 JUN 2026

Berita&Aktiviti

PEMBENTANGAN TEKNIKAL DAN LAWATAN TAPAK SISTEM BEKALAN AIR ULTRATULEN - 4 JUN 2026

Pada 4 Jun 2026, satu sesi pembentangan teknikal dan lawatan tapak berkaitan sistem bekalan air ultratulen untuk kegunaan Makmal Kualiti Air telah diadakan. Pembentangan yang disampaikan oleh Chemopharm Sdn. Bhd. memberi pendedahan kepada pegawai mengenai mekanisme sistem penapisan air, keupayaan sistem yang ditawarkan serta keperluan operasi bagi memastikan sistem dapat memenuhi keperluan analisis makmal. Selain itu, lawatan tapak turut dijalankan bagi menilai kesesuaian lokasi pemasangan serta keperluan tekanan air yang diperlukan untuk pengoperasian sistem secara optimum. Ianya merupakan sebahagian daripada proses penilaian teknikal bagi memastikan sistem bekalan air ultratulen yang dipilih dapat menyokong keperluan analisis dan mengekalkan standard kualiti perkhidmatan makmal.

#MakmalKualitiAir

#ISO 17250

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaan

Malaysia

#KementerianPeralihanTenagadan

TransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera