Berita&Aktiviti

PEMBELAJARAN SECARA PRAKTIKAL PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA – 13 HINGGA 15 APRIL 2026

Berita&Aktiviti

13–15 APRIL 2026 | PEMBELAJARAN SECARA PRAKTIKAL PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

Pada 13 hingga 15 April 2026, pelajar dari Politeknik Merlimau – PMM, Melaka telah mengikuti amali analisis kualiti air di Makmal Kualiti Air (MKA), NAHRIM. Program ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan pelaksanaan yang melibatkan seramai 117 orang pelajar dan telah dibahagikan kepada empat sesi, iaitu pada 8 April, 13 April, 14 April dan 15 April 2026.

Sepanjang amali tersebut, pelajar didedahkan kepada kaedah persampelan, analisis menggunakan peralatan makmal serta pentaksiran data melibatkan beberapa parameter kualiti air.

Program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal kepada pelajar, di samping meningkatkan kefahaman dalam bidang kejuruteraan persekitaran serta mengukuhkan pengetahuan teori yang dipelajari. Selaras dengan itu, NAHRIM komited dalam menyokong pembangunan kapasiti dan kemahiran dalam bidang air khususnya kualiti air. Makmal Kualiti Air (MKA) turut menyediakan perkhidmatan analisis dan latihan berkaitan bagi memenuhi keperluan pembangunan kompetensi dalam bidang ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera