Berita&Aktiviti

OPERASI PENGAMBILAN SEMULA PERALATAN UKUR OMBAK DAN ARUS (AWAC) DI PERAIRAN PULAU PISANG, JOHOR – 27 FEBRUARI 2026

Berita&Aktiviti

OPERASI PENGAMBILAN SEMULA PERALATAN UKUR OMBAK DAN ARUS (AWAC) DI PERAIRAN PULAU PISANG, JOHOR - 27 FEBRUARI 2026

27 FEBRUARI 2026 | OPERASI PENGAMBILAN SEMULA PERALATAN UKUR OMBAK DAN ARUS (AWAC) DI PERAIRAN PULAU PISANG, JOHOR

NAHRIM menerusi Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) beriltizam untuk terus memperkukuh kedudukan sebagai agensi premier dalam merekod data oseanografi fizikal negara. Lokasi lautan strategik kali ini khususnya di sektor paling sempit dan kritikal Selat Melaka berhampiran Pulau Pisang, Pontian, Johor iaitu antara laluan pelayaran paling sibuk di dunia.

Memasuki tahun ketiga berturut-turut (2023–2026), komitmen pemantauan berterusan ini mencerminkan kesungguhan NAHRIM dalam memastikan data ombak dan arus direkod secara konsisten, tepat dan berintegriti tinggi bagi menyokong keselamatan navigasi, pembangunan model hidrodinamik nasional serta tadbir urus maritim berasaskan data sahih dan terkini demi kepentingan strategik negara.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera

profile penyelidikan
oacp