10 DISEMBER 2025 | NAHRIM & IJM KUKUHKAN KERJASAMA DALAM PENILAIAN RISIKO IKLIM
Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO), NAHRIM telah mengadakan perbincangan awalan bersama delegasi dari IJM Corporation Berhad pada 10 Disember 2025 (Rabu), bertempat di Bilik Mesyuarat PKPO, NAHRIM.
Perbincangan ini diadakan untuk mengukuhkan kerjasama dalam melaksanakan Penilaian Risiko Iklim.
Perbincangan yang sangat konstruktif ini dipengerusikan oleh Pengarah PKPO, Ts. Saiful Bahri Hamzah. Delegasi IJM diketuai oleh Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan IJM, En. Shane Guha Thakurta
Cadangan kerjasama ini bakal memanfaatkan kepakaran NAHRIM dalam pemodelan hidrodinamik, kenaikan aras laut,penilaian risiko dan analisis impak iklim terutama di kawasan pesisir.
Disediakan oleh: PKPO
#Collaboration #IJMCORPORATION
#CoastalResearch #ClimateRisk #ClimateRiskAssessment
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia












