Dalam usaha memperkukuh kualiti perkhidmatan organisasi, satu program selama tiga hari dipengerusikan oleh En. Ismail bin Tawnie, P.Geol telah diadakan bertempat di Sri Damai Resort, Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor bagi membincangkan program tahunan ISO 9001:2015 MHI dalam skop Pengurusan Pemodelan Fizikal dalam Kejuruteraan Hidraulik Air dan inisiatif penambahbaikan ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan, keberkesanan operasi dan kepuasan pelanggan.
Sepanjang program ini, pelbagai sesi perbincangan strategik dan perkongsian idea telah diadakan dengan penglibatan aktif warga Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI). Fokus utama adalah bagi memperkukuh pelaksanaan sistem pengurusan kualiti, menyelaras pencapaian objektif kualiti dan penilaian risiko serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, sistematik dan berimpak tinggi.
Diharapkan segala perancangan dan resolusi yang dicapai akan dapat diterjemahkan melalui tindakan yang berterusan demi memperkasakan kecemerlangan organisasi dan memberikan nilai tambah kepada pelanggan serta pemegang taruh.
Disediakan oleh: Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI)
#MakmalHidraulikDanInstrumentasi
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia





