Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN SUMBER BEKALAN AIR MENTAH MELAKA – 17 MAC 2026

Berita&Aktiviti

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

𝟏𝟕 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | Pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA) NAHRIM telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 1 bagi membincangkan Laporan Awalan untuk Kajian Menyeluruh Sumber Bekalan Air Mentah di Negeri Melaka.

Mesyuarat yang berlangsung secara hibrid dari Bilik Bincang Oasis, Kompleks F ini dianjurkan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Sesi ini dipengerusikan oleh Ir. Mohd Hamizi bin Abdullah, Ketua Bahagian Perancangan dan Pemantauan Projek, JBA.

Penglibatan berterusan NAHRIM sebagai salah satu agensi rujukan teknikal adalah amat penting dalam menyumbang kepakaran penyelidikan dan input strategik. Kerjasama pelbagai agensi ini bermatlamat untuk memastikan kelestarian dan sekuriti sumber bekalan air mentah di negeri Melaka sentiasa terjamin untuk masa hadapan.

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PETRA

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#NAHRIM

#KetuaPengarahNAHRIM

#PengarahPKSA

#PusatKajianSumberAirdanPerubahanIklim

#PKSA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera