Lautan Malaysia kini sedang mengalami perubahan drastik akibat kesan perubahan iklim yang melibatkan peralihan kimia dan pemanasan air laut. Suhu permukaan laut dilaporkan meningkat dengan ketara di semua kawasan, yang bukan sahaja mengancam sektor perikanan dan pelancongan, malah mencetuskan fenomena pelunturan karang yang serius.
Pada masa yang sama, peningkatan keasidan laut akibat penurunan tahap pH turut melemahkan struktur serta cengkerang hidupan marin seperti moluska dan terumbu karang. Selain itu, penurunan tahap oksigen terlarut berisiko mewujudkan “zon mati” yang boleh memusnahkan habitat ikan, manakala ketidakseimbangan tahap saliniti pula mengganggu kawasan pembiakan serta tempat mencari makan bagi spesies marin.
Perubahan ini turut menggugat asas rantaian makanan lautan kerana peralihan tahap klorofil dan nutrien nitrat mengancam populasi fitoplankton yang menjadi nadi hidupan laut. Secara keseluruhannya, unjuran oleh NAHRIM menunjukkan parameter seperti suhu permukaan laut dan nitrat akan terus meningkat, manakala tahap pH serta oksigen terlarut dijangka akan semakin menurun di seluruh perairan negara.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia