FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

  • Merancang , mengurus dan memantau infrastruktur ICT supaya sentiasa tersedia dan memastikan pelaksanaan projek ICT selaras dengan keperluan Negara;
  • Memberi khidmat sokongan teknologi maklumat dalam mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan berkaitan air dan persekitarannya; dan
  • Menyelia, melaksana dan mengurus dasar dan garis panduan keselamatan ICT.

ICT PEMBOLEH DAYA REVOLUSI RDCI AIR NEGARA

DN

Digital NAHRIM sebagai Platform Memperkasa Pendigitalan NAHRIM Secara Inklusif dan Bersepadu.

Repositori digital yang mengintegrasi maklumat penyelidikan NAHRIM iaitu penerbitan berbentuk jurnal, artikel di dalam jurnal, prosiding, kertas-kertas persidangan, laporan teknikal dan lain-lain.

  • Pelaksanaan Projek ICT

    Merancang, mengurus dan memantau infrastruktur ICT supaya sentiasa tersedia dan memastikan pelaksanaan projek ICT NAHRIM selaras dengan keperluan Negara.

  • Sokongan ICT untuk RDIC

    Memberi khidmat sokongan teknologi maklumat dalam mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan berkaitan air dan persekitarannya.

  • Keselamatan Siber

    Menyelia, melaksana dan mengurus dasar dan garis panduan keselamatan ICT.

Pelan Strategik Pendigitalan NAHRIM 2021-2025

Pelan Strategik Pendigitalan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (PSP NAHRIM) merupakan sumber rujukan utama dalam menetapkan hala tuju ICT NAHRIM secara komprehensif bagi tempoh masa lima tahun bermula 2021 hingga 2025. Pelan strategik ini dibangunkan bagi meneruskan kesinambungan Pelan Strategik ICT (ISP) NAHRIM 2017-2020 yang telah tamat tempohnya dan akan menjadi garis panduan bagi pelaksanaan projek pendigitalan dan program ICT yang dirancang kelak.

Adalah diharapkan melalui pembangunan pelan strategik yang mantap dapat memperkukuh kerja perundingan dan perkhidmatan NAHRIM terutamanya bagi Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (Research, Development, Commercialization and Innovation – RDCI) serta menyokong National Water Innovation Roadmap 2040.

OBJEKTIF

  • Menetapkan hala tuju ICT yang jelas bagi tempoh lima tahun dalam membantu menjayakan visi dan misi NAHRIM.
  • Merancang keperluan bisnes dan ICT yang melibatkan pengguna, rangkaian
    dan keselamatan, peralatan ICT, aplikasi dan data, pengurusan maklumat serta pembudayaan digital.
  • Mengaplikasikan dan memanfaatkan intensif program ICT yang dibangunkan 3 secara menyeluruh.
  • Menjadi sumber rujukan utama dalam pelaksanaan program ICT di NAHRIM.
  • Memantapkan struktur organisasi ICT NAHRIM ke arah pemodenan¬† dan pendigitalan.
psp2