Majlis Penyampaian Sijil Prestasi Kewangan & Kecekapan Bayaran Bil Tahun 2025 telah diadakan bagi mengiktiraf Jabatan dan PTJ yang mencapai prestasi perbelanjaan mengurus 99 peratus dan ke atas serta mematuhi tempoh pemprosesan bil dan tuntutan dalam masa tujuh (7) hari.
Sijil telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli kepada NAHRIM, JPS, JPP, JBA dan JBA Labuan sebagai penghargaan atas kecemerlangan pengurusan kewangan sepanjang tahun 2025.
Mewakili NAHRIM, YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Haji Mat Desa, pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah telah menerima sijil tersebut. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga NAHRIM yang terlibat.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

