13 Februari 2026 – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Latihan Penggunaan Perisian AI untuk Penyelidikan (SciSpace) bertempat di Makmal Komputer NAHRIM. Program ini telah diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) NAHRIM.
Latihan ini telah disertai oleh beberapa orang pegawai dan penyelidik NAHRIM dan bertujuan meningkatkan kemahiran dalam memanfaatkan platform SciSpace bagi menyokong carian literatur, analisis jurnal serta pengurusan sitasi dan rujukan secara lebih sistematik dan cekap.
Melalui sesi pembentangan dan latihan amali, para peserta didedahkan kepada fungsi utama SciSpace termasuk penggunaan AI Copilot dalam membantu pemahaman artikel saintifik serta penulisan akademik.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen NAHRIM dalam memperkasa budaya penyelidikan berimpak tinggi melalui penerapan teknologi digital dan inovasi semasa.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia














