Ucapan Perasmian Persidangan.
Ketua Pengarah NAHRIM, Ir Haji Ahmad Jamalluddin bin Shaaban dan Haji Jabir bin Kardi, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Sumber Air telah menghadiri persidangan ini yang diadakan di Taipei, Taiwan bermula pada 28 Mac hingga 3 April 2011.
Persidangan yang sebelum ini diadakan di Kuala Lumpur merupakan persidangan dwi-tahunan dihadiri oleh lebihkurang 100 peserta daripada seluruh dunia seperti Mexico, Amerika Syarikat, Peranchis, Brazil, Sri Lanka, Filipina, Singapura dan termasuk lima (5) peserta dari Malaysia.
Tema persidangan yang telah dipilih pada persidangan kali ini adalah “Worldwide Multi-objective Rainwater Harvesting and Utilization”.
Lebih daripada empat puluh (40) kertas telah dibentangkan didalan persidangan tersebut yang menyentuh keseluruhan aspek penggunaan dan pengurusan air hujan termasuk dalam kategori:
Domestik, pertanian, perindustrian, penggunaan komersial.
Promosi, implementasi, program pembelajaran
Mengelakkan malapetakan dan mitigasi.
Ekologi dan isu-isu alam
Bangunan Hijau dan tenaga
Lanskap dan rekreasi
Ketua Pengarah NAHRIM telah membentangkan kertas teknikal bertajuk ‘Potential of Catchment Wide Rainwater Harvesting System for Flash Flood Reduction in the Damansara River Catchment, Selangor Malaysia’. Haji Jabir pula telah membentangkan kertas teknikal bertajuk ‘Rainwater Harvesting System At National Zoo of Kuala Lumpur, Malaysia.
Penampilan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang aktif dalam bidang teknologi pemgumpulan air hujan telahpun diiktiraf oleh IRCSA sebagai sebuah institusi di Malaysia yang aktif menjalankan kajian saintifik berhubung dengan pengurusan dan penggunaan air hujan. Sehingga kini NAHRIM telah menjalinkan hubungan dengan persatuan-persatuan, badan dan institusi yang aktif dalam teknologi ini termasuk dari luar Negara seperti Negeri China dan lain-lain.
Sepanjang tempoh persidangan, peserta-peserta telah dapat berinteraksi dengan para perwakilan dari negara-negar lain. Ini termasuklah dengan pakar-pakar dan pembentang kertas kerja dari beberapa Negara Eropah, Asia, Afrika dan juga Amerika Syarikat. Percambahan fikiran dan pertukaran pengalaman dalam bidang berkaitan dapat menghasilkan idea-idea baru yang boleh diketengahkan di Malaysia.
Pembentangan kertas kerja oleh salah seorang daripada peserta persidangan.