Ceramah Penampilan Gaya Hidup Sihat
Bulan Mei merupakan Bulan Kesihatan. Menjaga kesihatan tanggungjawab setiap individu terhadap diri sendiri. Dalam kita sibuk melaksanakan tugasan sebagai pekerja, ibubapa dan anak, kadangkala kita terlupa menjaga kesihatan diri sendiri. Kesihatan fizikal adalah sama penting dengan kesihatan mental. Oleh itu, satu taklimat kesihatan akan diadakan seperti berikut:
Tajuk: Penampilan Imej dan Gaya Hidup Sihat
Tarikh: 18 Mei 2011 (Rabu)
Masa: 10.30pagi
Tempat: Auditorium NAHRIM
Semua Warga NAHRIM dijemput hadir.