KENYATAAN SEBUT HARGA NO: NAHRIM/SH/01/2022(M)
KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANGKI SIMPANAN AIR HUJAN BERSERTA SISTEM PENGAIRAN YANG BERKAITAN UNTUK PENYELIDIKAN DI MAKMAL HIDRAULIK DAN INSTRUMENTASI, NAHRIM
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan/daerah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G2 dengan
pengkhususan CE21 (Pembinaan Kejuruteraan Awam) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK). Salinan Sijil Pendaftaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran.
2. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi melalui emel. Sila emelkan permohonan kepada stevie.sebol[at]nahrim.gov.my atau natrah[at]nahrim.gov.my mulai 14 Februari 2022 (Isnin) hingga 21 Februari 2022 (Isnin).
3. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Encik Mohd Kamarul Huda bin Samion
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6511
Emel : kamarul[at] nahrim.gov.my
b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Encik Stevie Sebol @ Muhammad Arif Sebol Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol[at]nahrim.gov.my
Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim.gov.my
4. Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di:
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM),
Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
sebelum atau pada 21 Februari 2022 (Isnin) tidak lewat jam 12.00 tengahari dan sebarang dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
5. Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.