Lokasi kawasan kajian
Pengenalan
Pusat Kajian Geohidrologi, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang melakukan kajian optimisasi sumber air tanah di bawah projek Penyelidikan Pengurusan Air Tanah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) sebagai bekalan air alternatif negara di kawasan Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. Kajian yang dilakukan ini dapat memberi maklumat mengenai kadar simpanan air tanah, mengenalpasti pergerakan aliran air tanah serta menentukan kedudukan zon-zon berpotensi kedapatan air tanah dikawasan tersebut. Hasil yang diperolehi penting untuk bekalan sumber air kedua di Negeri Selangor pada masa hadapan.
Lokasi:
Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor
Objektif Projek
- Mengenalpasti kesesuaian optimisasi sumber air tanah di kawasan kajian;
- Mengenalpasti kesesuaian pembinaan lokasi telaga pengeluaran;
- Mengenalpasti potensi akuifer di kawasan kajian;dan
- Memodelkan pergerakan regim air tanah di kawasan kajian.
Output Projek:
- Membantu dalam perancangan sumber bekalan air alternatif; dan
- Menyediakan maklumat mengenai taburan dan simpanan air tanah di kawasan kajian.
Outcome projek;
i.Mengklasifikasikan zon pembangunan air tanah
ii.Mengurangkan kebergantungan kepada air permukaan
iii. Mengekalkan zon potensi air tanah
Tarikh Mula dan Jangkaan Tamat:
2009 hingga 2010
Lokasi 25 peizometers dan 2 telaga, di Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor
Persiapan untuk penggerudian bagi pembinaan telaga tiub
Ujian pengepaman di telaga tiub DW2
Pemantauan aras air tanah
Pemantauan kualiti air tanah
Persampelan air tanah bagi tujuan analisis kualiti air tanah