Berita&Aktiviti

Kajian Analisis Data Angkutan Sedimen di Pantai Timur Semenanjung Malaysia – Pesisiran Pantai Kelantan dan Terengganu

Berita&Aktiviti

Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan peta angkutan sedimen di sepanjang garis pantai Kelantan hingga Terengganu dengan menyelidiki penyebaran ombak dan menilai kesan perubahan iklim akibat kenaikan aras laut (SLR) bagi tahun 2030 dan 2050 bagi setiap rentasan berdasarkan jumlah bersih angkutan garis asas tahun 2020 dan masing-masing nilai SLR 0.098m dan 0.294m. Terdapat 54 lokasi telah terlibat, bermula dari pantai Geting, Kuala Golok hingga ke Telok Lipat, Chukai. Model Hidrodinamik dan Spektrum Ombak telah dilaksanakan untuk data cerap lapangan 2021 sementara kesan pemendapan-hakisan di sepanjang pantai disimulasikan menggunakan modul LitDrift dalam LitPack. Model yang dikalibrasi menunjukkan bahawa Zon-1, Seksyen-1 (berhampiran sempadan Thailand) hingga Seksyen-10 (Sg. Peng Datu) mempunyai angkutan bersih bergerak ke arah Barat Laut, yang menurut Laporan NCES (2015), kawasan antara Seksyen-8 hingga 10 adalah terdedah kepada hakisan dan hasil model menunjukkan jenis corak yang sama seperti dinyatakan. Angkutan besih bagi Zon-2 (Seksyen 11 – 16) didapati bergerak ke arah Barat Daya, Zon-3 (Seksyen 17 – 30) pula bergerak ke arah Barat Laut. Manakala Zon-4 (Seksyen 31 – 54) didapati bergerak ke arah Barat Daya. Kesan perubahan iklim juga dinilai dengan mensimulasikan LitDrift menjelang tahun 2020, 2030 dan 2050 dengan keadaan garis dasar SLR, 0.098m dan 0.294m.
Keputusan menunjukkan bahawa angkutan bersih sedimen meningkat pada tahun 2030 untuk semua 54 rentasan tetapi 50% rentasan bagi 2050 menunjukkan penurunan. Ini menunjukkan bahawa angkutan bersih sedimen tidak dipengaruhi sepenuhnya oleh perubahan iklim tetapi ia juga bergantung sepenuhnya pada keadaan ombak dan batimetri.

Rajah 1: Lokasi kutipan data bagi angkutan sedimen pantai.
Rajah 2: Corak hakisan- penokokan bagi tahun 2020 berdasarkan keputusan model LitDrift.
profile penyelidikan
oacp