Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM menyampaikan ucapan perasmian.
Pada 16 Disember yang lalu, NAHRIM telah mengadakan Program Showcase R&D dan Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Seri Kembangan, Selangor. Objektif Showcase R&D adalah untuk mengetengahkan hasil R&D, disamping memperkenalkan kepakaran dan penyelidik NAHRIM serta sebagai platform pertemuan dan perbincangan antara pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang berkaitan air. Manakala Hari Bertemu Pelanggan pula bertujuan untuk memperkenalkan fungsi NAHRIM kepada umum. Program sebegini adalah pertama kali yang seumpamanya dianjurkan oleh NAHRIM. Ia telah mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak samada daripada Kementerian, Institut Pengajian Tinggi, Swasta dan NGO apabila jumlah penyertaan melebihi jumlah jangkaan. Seminar R&D adalah antara aktiviti yang telah diadakan.
Sebanyak enam (6) pembentangan telah diadakan termasuk:
• Kajian Inundasi – Impak daripada Peningkatan Aras Laut Disebabkan Perubahan Iklim;
• Susupan Tebing: Kajian Kes Di Aluvium Tebing Sungai;
• Penyelidikan dan Pembangunan Sungai: Landasan kepada Kelestarian Sumber Air Negara;
• Penyelidikan Sumber Air ke Arah Pembangunan Lestari Negara;
• Application of Phytotechnology in Bioremediation of Landfill Leachate; dan
• Pembangunan Terumbu Tiruan bagi Pemuliharaan Sumber Asli Marin.
Selain itu, NAHRIM juga mengadakan pameran poster hasil dan produk R&D yang turut disertai oleh Jabatan Bekalan Air (JBA), Indah Water Konsortium (IWK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).Turut diadakan aktiviti sampingan seperti peraduan teka kualiti dan kuantiti air, mewarna dan scrabble.
Sesi soal jawab bersama para pembentang.
Peserta yang hadir ke seminar.