ANALISIS PERUBAHAN SUHU LAUT DI PERAIRAN MALAYSIA (2021-2025)
Tahukah anda bahawa suhu laut kita mempunyai variasi yang unik mengikut lokasi dan musim? Berdasarkan analisis data selama lima tahun di stesen pemantauan NAHRIM, Port Dickson mencatatkan purata suhu tertinggi iaitu 29.76°C dan merupakan lokasi yang paling stabil. Manakala Labuan pula menunjukkan julat suhu yang paling besar iaitu sebanyak 7.56°C. Secara keseluruhannya, perairan negara mengalami suhu terpanas pada pertengahan tahun (Mei-Jun) dan paling sejuk pada awal tahun (Januari-Mac). Data cerapan ini sangat penting bagi memahami impak pemanasan global terhadap ekosistem marin negara.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia